28.3.11

VA VA! VANGGE JAP;)

wink*wink*  vangge jap!ngeh ngehhh

11 kementerian dapat markah 100%

HASRAT kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan disokong inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Kementerian (MKPI) menampakkan kesan sangat memberangsangkan apabila 92.3 peratus MKPI mencapai sasaran pada 2010 meningkat 7.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sesuatu yang menarik perhatian ialah hakikat 11 kementerian mencatat markah komposit 100 peratus, sekali gus mencerminkan kemajuan cemerlang yang berjaya dicapai, termasuk Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menunjukkan prestasi kerja cemerlang, sekali gus membawa kejayaan sepanjang 2010.

Ketika mula-mula memperkenalkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengumumkan matlamatnya menyediakan capaian Internet lebih baik dan luas di kawasan dalam serta luar bandar.
Sasaran kementerian adalah untuk meningkatkan tahap penembusan jalur lebar hingga 50 peratus pada akhir 2010 berbanding 31.7 peratus pada 2009. Ia bukan saja dapat dicapai, malah melebihi apabila mencapai 55.6 peratus.

Kejayaan itu didorong pelbagai program disediakan kementerian di bawah NBI antaranya mewujudkan pusat komuniti jalur lebar dan kampung wifi di kawasan luar bandar.

Sehingga hari ini, sebanyak 246 pusat komuniti terbabit diwujudkan, sekali gus memberi manfaat besar kepada 615,000 isi rumah di seluruh negara.

Tahun lalu juga menyaksikan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bekerja keras mengatasi masalah banjir yang dihapai 5.7 juta penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dilanda bencana itu.

Menjelang akhir Disember 2010, 56 projek tahanan banjir dengan kos RM874.5 juta disiapkan berbanding sasaran kerajaan 57 projek, membolehkan kementerian mencapai 98.2 peratus markah. Projek selebihnya disiapkan Januari lalu, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada 430,243 orang.
KPKT yang diberikan sasaran memulih semula 161 projek perumahan terbengkalai pula berjaya menyiapkan 51 projek, manakala 72 lagi memasuki pelbagai fasa penyiapan. Baki 38 projek terbengkalai kini memasuki fasa perancangan untuk dipulihkan.

Penekanan khusus akan diberikan terhadap usaha untuk mendorong menteri memberikan tumpuan jitu kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berorientasikan keberhasilan bermula 2011 bukannya KPI berpacukan proses.

Sumber: Harian Metro Isnin, 28.03.2011

No comments:

Post a Comment

haa..komen!komen!